Syarikat ini mempunyai aset web Internet $1 bilion. Ada 3 falsafah pelaburan yang menjadi pegangan pengasasnya.

Tip bisnes Catcha Group Patrick Grove

Patrick Grove, Ken Tsurumaru dan Luke Elliot merupakan pengasas Catcha Group. Ia merupakan syarikat pelaburan yang melabur pada industri-industri seperti:

1) Media.

2) Online Classified.

3) E-Commerce.

Antara portfolio pelaburan mereka terhadap industri di atas yang terkenal di Malaysia adalah iProperty Group.

Bagaimana salah seorang pengasasnya iaitu Patrick Grove, membuat keputusan untuk melabur dalam syarikat tertentu?

Jawapannya ada dalam temubual beliau bersama e27 (ditulis oleh Elaine Huang).

1) Hanya melabur pada model bisnes yang terbukti ada permintaan saja.

Patrick Grove hanya mencari usahawan di Asia yang cuba meniru model bisnes yang sudah terbukti mempunyai permintaan.

“Jika mereka cakap pada saya, ‘Saya akan bina teknologi yang tidak pernah orang lain buat di dunia ini’, maka kami tidak berminat,” kata beliau.

Beliau menambah,

“Jika mereka cakap, ’Saya nampak model bisnes ini di Amerika. Ia adalah model bisnes yang berjaya. Saya mahu bawa masuk ke Asia Tenggara’, maka kami lebih cenderung pilih mereka.”

Kami suka bertaruh pada konsep bisnes yang sudah terbukti ada permintaan. Risiko yang kami tanggung adalah risiko pada tindakan membina bisnes itu. Tetapi kami tak sanggup mahu tanggung risiko idea yang belum lagi mempunyai bukti.’”

2) Jika bukan $1 bilion, jangan mimpilah.

Jika model bisnes itu berkesan dan terbukti mempunyai permintaan, model itu mesti mempunyai nilai potensi melebihi $10 juta.

Patric Grove menjelaskan,

”Jika anda cakap ‘Kami akan tiru bisnes di Amerika ini dan syarikat mereka hanya bernilai $10 juta, ia sebenarnya terlalu kecil. Lebih berisiko, potensinya akan lebih mengucup bila masuk pasaran Asia Tenggara.’”

Apakah nilai potensi yang menarik perhatian beliau? Permintaan pasaran yang bernilai sekurang-kurangnya $1 bilion?

3) Melabur pada manusia yang kuat semangat dan kuat kudrat untuk mencapai impian yang mereka percaya.

“Membina bisnes adalah kerja yang susah dan hanya sesuai untuk orang yang gila-gila berusaha”, kata Patrick Grove.

Beliau menambah bahawa usahawan yang tidak mempunyai keinginan yang kuat dan tidak laparkan kejayaan biasanya tidak mampu menempuh halangan yang menimpa bisnes mereka.

Beliau memberi suntikan motivasi seperti,

“Jangan mengaku kalah. Jika anda percaya pada apa yang anda buat, maka jangan, jangan, jangan mengaku kalah.”

Patrick Grove menjadikan syarikat Catcha miliknya sebagai contoh. Syarikat mereka rugi pada 7 tahun pertama.

Pada tahun pertama, orang sekelilingnya menyarankan supaya beliau mengaku kalah.

Tahun kedua, orang sekelilingnya suruh dirinya mengaku kalah sekali lagi.

Tahun ketiga, orang sekelilingnya marah kerana Patrick Grove masih lagi belum angkat bendera putih.

Pada tahun ketujuh, baru hasilnya dapat dituai.

“Jika anda mampu bertahan, maka anda akan “terpaksa” jumpa formula untuk berjaya dalam bisnes.”

Falsafah pelaburan ke dalam syarikat berpotensi ini bukan untuk semua orang.

Falsafah pengasas Catcha Group ini berkaitan strategi melabur atau membeli syarikat-syarikat potensi ini boleh kita ambil untuk kegunaan sendiri.

Namun, tidak semua sesuai dengan diri kita.

Sebagai contoh, falsafah nombor 2 beliau mungkin agak berlawanan dengan pemikiran segilintir orang. Beliau seperti menyatakan pasaran di Asia Tenggara ini kecil dan Amerika Syarikat lebih besar.

5 Comments
  1. Dr Fattah August 31, 2015 Reply
  2. Amir September 19, 2015 Reply
  3. nizam October 19, 2015 Reply
  4. Happysus May 11, 2017 Reply
  5. Happysus May 11, 2017 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *