Tahyul jutawan – Idea bisnes baru

“Saya ada idea bisnes baru! Serius, belum ada orang pernah buat lagi.”

Tahyul Jutawan

Idea bisnes yang baru, segar dan inovasi bukan satu jaminan bahawa bisnes kita pasti boleh berjaya.

Malah, ia boleh menjadi satu pembunuh kejayaan bagi orang-orang bisnes yang baru bertapak.

Modal idea bisnes baru, bukan modal utama kejayaan bisnes.

Untuk cepat berjaya dalam bisnes, formula yang terbukti menjadi amalan pemilik-pemilik bisnes luar biasa adalah seperti berikut:

Formula bakat

Bakat menjadi ukuran awal kejayaan.

Apabila kita mempunyai bakat berniaga, hasil daripada keturunan, genetik dan sebagainya, maka kita lebih cepat berjaya.

Namun mempunyai bakat sahaja tidak cukup.

Orang bisnes luar biasa mempunyai formula lain selain daripada bakat.

Teruskan bacaan.

Formula skil

Kemahiran berniaga. Atau ilmu-ilmu dalam dunia bisnes.

Seperti strategi marketing, PR, menguruskan tim bisnes dan sewaktu dengannya.

Apabila kita ada kemahiran berniaga, semuanya jadi cepat, mudah dan hasil yang diperoleh juga besar.

Formula ekonomi rakan niaga

Ekonomi rakan niaga adalah bahasa seksi selain daripada “networking.”

Amalan orang bisnes berbangsa Cina, sangat menekankan budaya ekonomi rakan niaga ini.

Mereka mempunyai ramai kawan-kawan bisnes yang membantu untuk menjayakan bisnes antara satu sama lain.

Lagi ramai ekonomi rakan niaga, lagi kebal posisi bisnes kita.

Formula minda

“Apa yang kita fikir, itu yang menjadi realiti.”

Orang-orang bisnes luar biasa tidak sekadar mengamalkan positive thinking.

Mereka adalah golongan manusia yang sentiasa optimis.

Optimis – Setiap cabaran yang berlaku dalam bisnes, kita akan cari jalan penyelesaian dan menempuh cabaran itu tanpa alasan.

Formula usaha

Bisnes untung RM1 juta setahun bukan dihasilkan dalam masa 24 jam.

Setiap bisnes luar biasa bermula dengan kejayaan berbentuk bola salji yang berguling-guling turun dari gunung salji.

Dalam bahasa Inggerisnya, “Snowball effect,”

Kejayaan dicapai secara berperingkat. Yang penting, konsisten dan teruskan usaha untuk memperbesarkan bisnes.

Belajar teknik marketing 2x ganda untung

Hasil daripada teknik ini, sebuah syarikat luar negara menghasilkan untung ekstra sebanyak.

USD5 juta (RM15 juta) setahun.

Teknik ini mudah diamalkan, apabila kita faham formula yang disampaikan dalam video-video premium.

Klik sini –>> http://www.writetowealth.my/2x-marketing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *