Mana 1 daripada 4 teknik marketing ini sesuai untuk gandakan sales bisnes anda?

Teknik marketing gandakan sales

Kalau anda hanya ada 4 teknik untuk gandakan sales bisnes, mana satu yang anda akan gunakan?

Teruskan bacaan jika anda mahu belajar.

Selepas baca artikel daripada marketer bernama Gregorry Ciotti, saya yakin bahawa teknik-teknik ini penting untuk usahawan di Malaysia belajar dan gunakan untuk bisnes sendiri.

Teknik 1 – Wujudkan emosi fizikal setiap kali pelanggan baca iklan anda.

Bayangkan kita tengah tonton bola sepak, kemudian pemain kegemaran kita diterjah dan akhirnya patah kaki.

“Perghh… Mesti sakit gila!”

Itu yang kita akan rasa. Dan itu yang kita perlu buat pelanggan rasa. Ini dinamakan tindak balas mirror neuron dan ia memberi kesan pada minda.

Kajian menunjukkan jika kita mampu mencipta emosi fizikal kepada pelanggan, iklan kita jadi lebih berpengaruh.

Pelanggan yang beremosi biasanya membuat keputusan yang tidak seimbang. Mereka tidak beratkan unsur rasional atau logik. Ini yang menjadikan mereka lebih senang untuk membeli atau membayar sesuatu.

Teknik 2 – Bagaimana perkataan yang nampak remeh meningkatkan conversion sebanyak 20%.

Kajian yang dibuat daripada Carnegie Mellon University mendapati pertukaran perkataan yang nampak remeh, mampu memberikan impak yang besar.

Contoh berdasarkan kajian mereka adalah pertukaran perkataan “small (kecil)” dalam ayat promosi berikut:

“a $5 fee” kepada “a small $5 fee”.

Dengan hanya meletakkan perkataan ‘small’, conversion meningkat sebanyak 20%.

Lihat kembali ayat promosi kita hari ini, dan letakkan perkataan yang lebih spesifik.

Teknik 3 – Buat pelanggan cemas, kemudian suruh pelanggan…

Kita biasa terima nasihat daripada marketers supaya memberi tawaran yang boleh buat pelanggan cemas jika tidak beli sekarang.

Nama yang biasa digunakan adalah “urgency.”

Tawaran seperti ini terbukti berkesan. Dalam masa sama, jika kita tidak berhati-hati, ia boleh merugikan bisnes kita.

Howard Leventhal melakukan satu kajian untuk menguji keberkesanan tawaran cemas menggunakan video seram berkaitan tetanus, dan memberi langkah seterusnya yang penonton perlu buat.

Kajian beliau mendapati:

1) Jika kita sudah seram atau cemaskan pelanggan, cepat-cepat beritahu mereka langkah seterusnya.

2) Sebagai contoh, selepas mereka baca tawaran, kita minta mereka untuk hubungi nombor yang tertera sekarang juga sebelum terlambat.

3) Nyatakan arahan dengan jelas. Kemudian jangan letak terlalu banyak arahan. Jangan kelirukan pelanggan.

Teknik 4 – Lima perkataan berpengaruh yang kekal relevan sampai hari ini.

Perkataan-perkataan iklan yang berpengaruh ini sudah digunakan sejak turun temurun, dan memberi kesan pengaruh yang tetap sama kepada sesiapa yang membaca iklan atau kempen marketing.

Kategori perkataan ini lebih sinonim digelar sebagai “power words.”

Contoh-contoh power words adalah seperti berikut:

1) Percuma.

2) Terkini.

3) Terbaru.

4) Baru dilancarkan.

5) Kajian terkini.

Mana satu teknik yang bagus untuk bisnes anda? Teruskan bacaan.

Antara semua teknik yang saya kongsikan ini, mana satu yang terbaik untuk bisnes kita?

Sudah tentu bukan semua. Malah, kita tidak perlu buat semua di atas.

Langkah paling penting adalah bereksperimen satu demi satu teknik. Nanti kita akan jumpa ramuan yang sesuai untuk gandakan sales bisnes sendiri.

Sebagai contoh, di Write to Wealth, menggunakan tawaran yang buat pelanggan cemas, kemudian memberi arahan yang jelas supaya pelanggan dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin adalah teknik yang paling besar ROI (keuntungannya).

Mahu skrip jualan berkesan yang anda boleh guna di Facebook?

2 minggu lepas, saya ada hasilkan skrip jualan untuk klien.

Allah bagi rezeki. Skrip itu berkesan 200% kepada klien saya.

Tapi, saya tak puas hati.

Saya pun guna skrip itu untuk bisnes Write to Wealth.

Alhamdulillah.

Ia juga berkesan kepada bisnes Write to Wealth.

Anda mahu download dan guna skrip jualan ini untuk bisnes anda sendiri?

Silakan.

Risikonya? Saya tanggung 100%.

–>> Klik sini untuk download 4 Skrip Jualan khas untuk bisnes anda <<– 

One Response
  1. Fuzaimy Felany October 27, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *