The Apprentice Asia – Minggu 1 (Siri Sedut Ilmu Tony Fernandes)

Entri ini ditulis dan diterbitkan supaya kami di Write to Wealth dapat terus belajar dan belajar berkaitan dengan ilmu bisnes.

The Apprentice Asia adalah rancangan televisyen untuk ilmuwan-ilmuwan bertandang. Setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam.

The Apprentice Asia – Minggu Pertama

Berikut adalah apa yang saya belajar pada minggu pertama.

  1. Etika – Tidak boleh sewenang-wenangnya menggelarkan diri kita chef sekiranya kita bukan chef yang diiktiraf. Tidak boleh gelarkan diri kita pakar, sekiranya kita bukan pengamalnya. Juga tidak boleh curi pelanggan orang lain dengan cara yang tidak senonoh.
  2. Profits – Buat bisnes kerana mahu untung.
  3. Pricing – Merancang harga adalah aspek penting sebelum buka kedai. Ya, margin itu penting.
  4. Leadership – Kemampuan untuk menguruskan pasukan. Khususnya pasukan yang mempunyai insan-insan yang hebat.
  5. Skil – Kebolehan untuk mengurus dan memaksimumkan skil setiap ahli pasukan.

Dalam pasukan Mavericks, mereka mempunyai pelbagai insan bertaraf autoriti. Risiko di sini adalah, autoriti itu boleh tercalar apabila seseorang itu tidak mampu, “Walk the talk.

Pasukan Apex juga mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Mereka mempunyai sales team yang bijak mengambil peluang untuk memikat hati pelanggan.

Aqif Azizan

Ketua Pegawai Eksekutif. Copywriter. Penulis buku. Trainer. Bertanggungjawab untuk memastikan enjin Write to Wealth terus panas dan bergerak dengan lebih pantas. Serta buat banyak duit.

This Post Has 9 Comments

  1. azrijohan

    belum pernah tonton siri realiti tv ni lagi, insyallah satu hari nanti kalau ada kelapangan 🙂

  2. Nik Zakia

    slm. thanks rumusan yg ckup bijak.
    sy harus menjadi seorg yg lbih bijak utk mengurus,
    mengawal, menggunakan skill mereka secara maksimum
    utk kjayaan team.

    nik zakia
    director
    nzh enterprise

  3. jasrul

    Yup betul tu bukan senanag mengelarkan diri sebagai pakar. Hanya orang lain sahaja yang boleh meletakkan gelaran tu.

  4. Rahimah

    inshaa Allah akan saya manfaatkan….

  5. Asyrof Asri

    Semasa saya menulis blog di platform blogspot, gelaran Profesor Asyrof saya gunakan di setiap penulisan saya.

    Sehingga 1 hari, saya dinasihatkan oleh seorang pakar melalui ‘inbox fesbuk’ ketika itu iaitu penyalah gunaan gelaran jika kita sekadar suka-suka sahaja.

    Sejak dari itu, saya terus tukar gelaran penulisan blog di setiap entri dengan gelaran ‘saya dan Asyrof’ sahaja. 🙂

    Wujudnya platform baru di wordpressprg juga saya menggunakan hanya gelaran Asyrof sahaja. 🙂

    Terima kasih Tuan Aqif Azizan atas info yang sangat berguna ini. 🙂

  6. Mohd Farid Asmuzi

    Tqvm. Penulisan & rumusan tuan sgt2 membantu dlm khdpn, kerjaya & perniagaan saya. Tuan sntiasa drahmati Allah SWT

  7. azwan

    menggelarkan diri pakar tapi bukan pakar sebenarnya…ramai yang macam ni

  8. HAFIZRAHMANDESIGN

    dulu pernah jemput nazril idrus untuk bg talk untuk forum faculty bisnes…dia mmg hebat…harap dia menang…

  9. Perkongsian yang baik.. Amat berguna untuk saya menguruskan perniagaan perkahwinan saya..

    Terima Kasih. TUAN AQIF AZIZAN

Leave a Reply