The Apprentice Asia – Minggu 2 (Video Viral)

Entri ini ditulis untuk membantu para usahawan, dalam merumus ilmu-ilmu yang terkandung dalam program The Apprentice Asia.

Kali ini, para peserta dikehendaki untuk menghasilkan video viral untuk sebuah syarikat dalam industri pelancongan.

Berikut adalah senarai perkongsian kedua-dua pasukan Mavericks dan Apex. Serta tip-tip daripada Tony Fernandes.

1 – Memilih Pengurus Projek

Pengurus projek adalah penting bagi merealisasikan sasaran atau matlamat.

Dalam sesi ini, cara pemilihan pengurus projek berlaku dalam bentuk volunteering. Di mana salah seorang daripada ahli pasukan mewakilkan diri mereka.

Apabila situasi ini berlaku, penting untuk mendapat sokongan dan undian daripada ahli pasukan lain.

2 – Perbualan Agresif

Ketika berbincang, tidak semestinya semua orang perlu masuk campur dan bertindak secara agresif.

Beri peluang kepada setiap ahli pasukan untuk kemukakan idea lain. Ketika orang lain beri idea, kita pasang telinga.

Diam tidak bermakna lemah. Bising tidak bermakna hebat.

3 – 3 Elemen Video Viral

Menghasilkan video viral yakni video yang disebarkan secara meluas oleh masyarakat, adalah satu kerja yang sukar.

Antara elemen-elemen yang memainkan peranan adalah:

  1. Mudah untuk diikuti (Easily Repeatable). Sama ada dari sudut gerak geri, vokal, dan sebagainya.
  2. Terhibur. Boleh mewujudkan emosi yang mendalam kepada penontonnya.
  3. Bermakna. Setiap video itu membawa satu mesej yang dapat memberikan tambah nilai dalam diri penonton.

4 – Tanya Soalan Yang Betul

Apabila melakukan survey terhadap sesebuah syarikat, bagi membantu mereka menghasilkan video viral, langkah pertama adalah menguasai soalan-soalan yang betul.

Sebagai contoh, untuk menghasilkan video viral bagi syarikat X, soalan yang salah adalah:

Berapa nilai untung syarikat itu pada tahun 2012?

5 – Synchronize

Penting untuk sesebuah pasukan bergerak secara selari. Jemaah yang kuat adalah jemaah yang bersatu.

… Bukan jemaah yang bergerak satu per satu.

6  – Keputusan Dalam Tangan Direktor

Ketika menghasilkan video viral, direktor memainkan peranan yang penting. Mereka adalah insan yang buat keputusan.

Kritikal juga para direktor membuka telinga dan meraikan pandangan daripada ahli-ahli pasukan yang lain.

7 – Pemimpin Bukan Diktaktor

Apabila kita memimpin jemaah, tidak bermakna kita bebas melakukan apa yang kita suka.

Kebanyakan masa, kita mendengar keperluan jemaah.

Dari situ, kita dapat menjadikan diri sendiri sebagai pemimpin yang berakhlak.

8 – Kejayaan Itu Hak Kumpulan, Bukan Individu

Apabila berjaya, kita tidak boleh mendongak dan berkata, “Ini semua hasil usaha aku.”

Tukar skrip kepada, “Ini semua hasil usaha kita bersama.”

Kemenangan itu tidak akan terhasil jika tiada bantuan daripada ahli pasukan yang lain.

9 – Kerja Keras Tidak Semestinya Menguntungkan

Tony Fernandes menyatakan,

Kerja keras semata-mata tidak akan menjamin keuntungan bisnes.

Sinergikan kerja keras dengan kerja bijak. Semua orang boleh bekerja keras. Dalam masa, tidak semua yang boleh bekerja dengan bijak.

5 Comments
  1. Izzat Eshak May 31, 2013 Reply
  2. shaiful June 2, 2013 Reply
  3. halif June 4, 2013 Reply
  4. zulkef June 9, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *