The Apprentice Asia – Minggu 3 (Negotiation Skills)

Antara skil penting untuk setiap usahawan kuasai adalah skil negosiasi.

Bahasa mudahnya,

Kemahiran untuk berunding dengan pelanggan, klien, pembekal dan sewaktu dengannya.

Dalam minggu ketiga program The Apprentice Asia, banyak kejutan yang berlaku.

Pertama, Tony Fernandes menyatakan:

Negotiation skills is the ability to make the best deal.

Selain daripada skil berunding, ada 7 lagi poin penting yang diketengahkan dalam The Apprentice Asia minggu ketiga.

1 – Pasaran Berbeza, Pitch Berbeza

Tidak semua jurujual mempunyai skil dan keupayaan yang serupa.

Mazhab jurujual terbahagi kepada dua cabang iaitu:

  1. Small business pitch.
  2. Big business pitch.

Berurusan dengan syarikat-syarikat besar sangat berbeza berbanding syarikat kecil.

Bukan sekadar margin. Tetapi cara komunikasi, persembahan, dan pelbagai lagi.

Justeru itu, dalam bisnes, penting untuk kita kenal pasti jurujual mana satu yang diperlukan.

2 – Desakan Mampu Cipta Penipuan

Melihat pada situasi pasukan yang terdesak untuk menjual.

… Sehinggakan salah seorang daripada ahli pasukan sanggup untuk gadaikan integriti bisnes.

Iaitu melakukan penipuan. Perbuatan yang langsung tidak mencerminkan nilai dan etika penjual.

Antara penipuan yang tercipta daripada desakan itu adalah:

Memberitahu syarikat bahawa produk XYZ mempunyai respon yang bagus daripada orang ramai. Sedangkan produk itu baru sahaja dilancarkan.

3 – Kemahiran Kenal Pasti & Sedut Jurujual

Kita sebagai orang bisnes & usahawan, tidak bertugas sebagai orang yang menjual semata-mata.

Jurujual atau salesman adalah mereka yang memegang tanggungjawab itu.

Jadi, penting untuk kita mempunyai kemahiran atau skil. Di mana kita boleh nilai seseorang jurujual itu bagus atau sebaliknya.

4 – Trauma Panggilan Sejuk

Dalam Bahasa Inggeris: Cold Calls.

Bercakap dengan prospek yang tidak kenal diri kita adalah satu skil yang mempunyai 1,001 kelebihan.

Dalam masa sama, tidak semua orang boleh berbuat demikian.

5 – Kunci Kekayaan: Harga

Sehingga episod yang ketiga, Tony Fernandes berkali-kali menyatakan bahawa harga adalah kunci emas dalam bisnes.

Salah letak harga, bisnes merana.

Harga betul, terpampang senyuman di muka usahawan itu.

6 – Hidup Berpasukan Bukan Mudah

Ayat daripada Tony Fernandes,

Chemistry doesn’t work if we don’t have the right team.

Untuk mempunyai barisan tentera yang bagus dalam bisnes, perkara penting adalah memastikan semuanya boleh berjemaah.

Jika seorang daripada ahli pasukan mempunyai virus negatif, maka ia akan merosakkan seluruh motivasi pasukan.

Kerana negatif setitik, rosak sekumpulan pasukan bisnes.

7 – Bersedia Terima Sebarang Kejutan

Secara tiba-tiba, ada seorang peserta yang tawarkan diri untuk keluar daripada program The Apprentice Asia.

Sebab yang diberikan itu tidak penting. Memandangkan keputusan tetap satu keputusan.

Pengajaran yang boleh diambil di sini adalah, “Pada bila-bila masa kita akan terima kejutan. In peace, prepare for war.”

Bersiap sedia dengan sebarang kejutan yang bakal berlaku dalam bisnes kita.

4 Comments
  1. Neal Izham June 10, 2013 Reply
    • Aqif Azizan June 10, 2013 Reply
  2. Syazwan Ramlee June 14, 2013 Reply
  3. Shah Bandi Mohd Desa March 25, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *