5 Tip bisnes daripada selebriti wanita berusia 34 tahun. Syarikatnya bernilai $150 juta.

Jessica Alba The Honest Company

Wanita cantik ini merupakan seorang pelakon, selebriti dan selepas itu, buat keputusan untuk membina sebuah syarikat.

Pemikiran tipikal masyarakat apabila ada selebriti buka syarikat untuk mengendalikan bisnes sendiri biasanya,

“Bolehkah si dia uruskan bisnes sendiri?”

Paling tidak, biasanya selebriti di luar negara memilih untuk mempunyai bisnes dalam industri minyak wangi bertaraf premium.

Siapakah wanita yang saya maksudkan?

Jessica Alba.

Selebriti. 34 tahun. Syarikat bernilai $150 juta.

Pada usia 34 tahun, Jessica Alba membina sebuah bisnes yang dinamakan sebagai The Honest Company. Pada tahun 2014, syarikatnya membawa pulangan sebanyak USD150 juta.

Ia merupakan satu fenomena yang jarang berlaku pada kebanyakan selebriti yang memulakan bisnes.

Cerita kejayaan Jessica Alba sahaja tidak cukup.

Beliau turut berkongsi 5 ilmu penting yang sesuai diamalkan oleh bisnes-bisnes yang baru bermula, khususnya yang berada dalam kategori startup.

1) Isu kebajikan boleh jadi bisnes mengaut keuntungan.

Tidak ada salah dan masalah apabila kita menggunakan isu kebajikan untuk menjadikan ia sebagai peluang dalam bisnes.

Ini adalah antara sebab Jessica Alba mengasaskan The Honest Company.

Beliau mahu mengeluarkan produk yang tidak mengandungi bahan kimia atau toksik. Wanita ini mahu mencipta satu fenomena perniagaan yang menggunakan pendekatan alam semulajadi.

Katanya,

“Saya tidak mahu terlalu mengharapkan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini. Itu sebabnya saya menjadikan syarikat ini sebagai alat untuk menyelesaikan isu yang biasanya dianggap sebagai isu kebajikan.“

2) 3 Sebab kenapa kita perlu ada rakan kongsi.

Semasa aktres jelita ini mahu mencari rakan kongsi, beliau berjumpa dengan seorang usahawan bernama Brian Lee.

Brian Lee merupakan kawan kepada suaminya, dan mempunyai beberapa buah bisnes berasaskan Internet iaitu LegalZoo.com dan ShoeDazzle.com.

Kenapa Jessica Alba perlukan rakan kongsi?

Kerana beliau mempunyai masalah berikut:

1) Terlalu banyak idea yang bermain dalam fikiran.

2) Tidak tahu mana satu idea yang terbaik dan sesuai untuk dipraktikkan.

3) Perlukan bantuan orang yang lebih berpengalaman untuk membantu dirinya membuat keputusan.

Ketika Jessica Alba berjumpa Brian Lee, beliau membawa 50 muka helaian kertas kerja untuk dibentangkan. Selepas 18 bulan, beliau hanya perlukan 10 halaman Powerpoint untuk menjelaskan jenama bisnesnya secara keseluruhan.

“Tanpa bantuan Brian, mungkin sukar untuk saya melangkah lebih jauh dengan syarikat sendiri,” kata Jessica Alba.

3) Menyerahkan kelemahan kepada individu yang lebih pakar.

Wanita ini akui, kekuatannya pada bisnes adalah:

1) Pemasaran (marketing).

2) Reka bentuk (design).

3) Visi untuk membangunkan jenama bisnes.

Bagaimana pula dengan aspek-aspek yang lain? Beliau serahkan kepada rakan-rakan kongsinya yang lain. Antaranya adalah Brian Lee, Christopher Gavigan dan Sean Kane.

Mereka ini adalah pelengkap syarikat Jessica Alba.

Ayat beliau ini mampu membuka mata para usahawan yang masih lagi ragu-ragu untuk menyerahkan kelemahan diri kepada individu yang lebih pakar untuk menguruskannya,

“Kita tidak perlu jadi orang yang paling bijak dalam syarikat. Kita hanya perlu ambil orang yang bijak-bijak untuk melengkapi syarikat.”

4) Masih lagi berhati-hati mengambil risiko untuk melancarkan produk baru.

Apakah cabaran utama yang Jessica Alba hadapi sepanjang membangunkan produk-produk di bawah jenama syarikat The Honest Company?

Antaranya adalah mencari pengilang yang bagus, menghasilkan produk yang berkualiti, serta mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Apa yang usahawan wanita ini mahu adalah keselamatan.

“Saya mahu pelanggan rasa selamat apabila menggunakan produk kami.”

Walaupun hari ini syarikatnya telah mempunyai 120 produk yang dijual di pasaran, namun mereka tetap berhati-hati apabila melancarkan produk baru.

5) Adakah bisnes beliau berjaya sebab dirinya selebriti? Tidak. Baca jawapannya.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan tip ini memandangkan Jessica Alba sendiri adalah seorang selebriti popular dan tersohor di dunia.

Beliau sendiri akui antara kejayaan syarikatnya adalah disebabkan beliau menggunakan dirinya untuk mempromosikan The Honest Company.

Namun begitu, beliau tidak sama sekali bersetuju dengan pendekatan marketing menggunakan bajet yang besar untuk mengembangkan bisnes.

Sehingga kini, The Honest Company masih lagi menggunakan Facebook dan pelbagai medium Internet yang lain untuk melakukan kempen pemasaran dan pengiklanan.

Antara banyak-banyak kaedah marketing yang beliau guna, mana satu yang paling berkesan?

Ini jawapan Jessica Alba,

“Tidak lain tidak bukan, words of mouth iaitu perkongsian pelanggan yang berpuas hati selepas menggunakan produk kami.”

Tambahnya lagi,

“Jika produk kami tidak berkesan, pelanggan utama kami iaitu golongan ibu-ibu muda ini pasti tidak akan beli. Apatah lagi akan beritahu rakan-rakan mereka yang lain.”

Perjuangan bisnes lebih penting berbanding keuntungan bisnes.

Kisah inspirasi dan tip bisnes daripada aktres jelita ini banyak membantu kita untuk memahami bisnes dari sudut yang berbeza.

Jika kita lihat dari satu sudut, Jessica Alba bukan sahaja berniaga. Malah, beliau memperjuangkan sesuatu yang lebih penting berbanding keuntungan.

Apabila usahawan itu mempunyai nilai perjuangan yang lebih tinggi berbanding keuntungan, bisnes mereka lebih fokus dan cepat untuk berkembang.

Dalam kes Jessica Alba, perjuangan beliau berkait rapat dengan penggunaan bahan bertoksik dan berkimia terhadap pembikinan produk.

Perjuangan ini yang membantu beliau terus bersemangat dan kekal kuat.

Berminat nak belajar teknik menulis iklan untuk naikkan sales bisnes?

Kita sudah belajar ilmu bisnes. Poin kelima adalah poin yang paling penting iaitu marketing.

Jika anda mahu belajar ilmu marketing dan penulisan iklan, yang boleh membantu sales bisnes anda pecah rekod setiap bulan, maka panduan ini dapat membantu.

Ia ditulis khas untuk usahawan di Malaysia yang mahu belajar ilmu penulisan iklan yang mampu gandakan sales.

Klik sini untuk download ebook anda (Kuota dan harga TERHAD).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *