Bagaimana peminta sedekah buat banyak duit di Sydney (Tanpa buat orang rasa menyampah!)

Peminta Sedekah Pelik Sydney

Di Sydney, saya berkesempatan untuk berkunjung ke China Town.

Sebenarnya bukan mahu ke sana pun. Tetapi restoran masakan Melayu ada berdekatan dengan lokasi itu. Alang-alang, lalu dan lawat sekali.

(Nampak sangat saya perut Melayu. Mengidam nasi lemak di Australia!)

Selesai makan, saya dan beberapa orang sahabat lalu di lorong kawasan China Town.

Eee… Peminta sedekah!

Ternampak seorang lelaki pelik. Secara ringkasnya:

  1. Muka beliau serba putih.
  2. Tinggi lampai.
  3. Tidak bergerak (statik).
  4. Tidak sekacak saya (LOL. Haha).
  5. Beliau adalah… Peminta sedekah yang pelik.

Apa yang peliknya?

Bagi duit, dapat kertas bermanfaat

Semasa saya bagi beliau duit syiling, beliau serta merta berikan helaian kertas berwarna putih yang mengandungi kata-kata inspirasi.

Dalam erti kata lain, beliau bukan minta sedekah.

Saya boleh katakan,

“Beliau bijak tambah nilai hidup orang lain.”

Hukum alam untuk buat duit

Secara hukum alamnya, ini yang berlaku:

  1. Kita berikan wang kepada beliau (Tidak kira berapa nilainya).
  2. Beliau akan berikan 1 helai kertas yang mengandungi kata-kata inspirasi. Rasa seperti hidup semula dan bersemangat apabila baca.

Beliau tidak sekadar minta duit. Beliau faham fungsi “PERTUKARAN WANG DAN NILAI.”

Kita bagi wang, beliau bagi nilai.

Tambah nilai dalam hidup pelanggan.

PS: Selagi mana kita bagi nilai yang berguna kepada orang lain, selagi itu duit sentiasa dekat dengan kita.

Bagaimana pastikan ayat kita mampu buat pelanggan beli?

Download & belajar daripada ebook Formula Headline.

Tinggal kurang 50 unit diskaun sahaja lagi.

Selepas itu, mungkin harga akan naik.

Download sekarang –>> http://www.writetowealth.my/formula-headline

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *