Budak ini umur 16 tahun buat bisnes… Untung RM1.5 juta setahun.

Noa Mintz

Ilmu dan perkataan “belajar” itu tidak boleh kita hadkan pada akademik semata-mata.

Akademik itu penting. Namun kita tidak boleh kecilkan skop “ilmu”. Walaupun untuk golongan yang masih kecil dan masih bersekolah.

Kisah ini, mungkin dapat membuka mata dan memberikan kita inspirasi supaya mengubah corak pemahaman terhadap ilmu berniaga kepada golongan yang masih kecil tetapi berimpian besar.

Umur 16 tahun. Perempuan. Bisnes untung RM1.5 juta.

Perkongsian ini ditulis oleh Jeff Leeson menerusi blog terkemuka iaitu Mashable. Beliau menceritakan tentang seorang budak 15 tahun yang memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.5 juta ($500,000) setahun, menerusi bisnesnya.

Nama perempuan itu adalah Noa Mintz.

Beliau masih lagi bersekolah seperti budak-budak yang lain. Namun pendapatan tahunannya melebihi kebanyakan CEO-CEO syarikat di Malaysia.

Beliau memiliki agensi pengasuh sendiri. 190 klien.

Apakah model bisnes Noa Mintz?

Si kecil yang hebat ini mempunyai agensi pengasuh anak. Lebih menarik, dalam masa 3 tahun bisnesnya beroperasi, beliau sudah mempunyai 190 klien.

Berapakah jumlah caj yang beliau kenakan pada klien? Hanya RM15 sahaja (USD5).

Sehingga kini, Noa Mintz mempunyai lebih 25 pengasuh sepenuh masa yang bekerja di bawah agensinya. Manakala sekitar 50 pengasuh yang bekerja 15 jam seminggu.

Bagaimana menguruskan bisnes yang besar sambil belajar di sekolah?

Saya bukan sahaja kagum dengan kemahiran berniaga beliau. Cara Noa Mintz ini berfikir pun sangat mengejutkan. Budak yang nampak “terlalu muda” ini mempunyai gaya fikir pengurusan bisnes gergasi.

Apabila beliau mempunyai peruntukan kewangan yang mengizinkan, beliau mengambil CEO untuk menguruskan bisnesnya?

Kenapa beliau perlukan CEO?

Sebab Noa Mintz mahu pergi ke sekolah dan belajar. Seperti budak-budak yang lain.

Pandai akademik tidak semestinya lulus ujian kehidupan yang sebenar.

Dalam satu temubual CNN, usahawan kecil hebat ini berkongsi bagaimana beliau menguruskan bisnes, kehidupan dan pelajarannya di sekolah.

Ini jawapannya,

“Saya bukan pelajar pandai. Malah saya sentiasa perlu bekerja keras di sekolah. Namun apabila saya memiliki bisnes, saya dapati orang yang “bijak akademik” tidak sama dengan “bijak berniaga.”

Tambahnya lagi,

“Mempunyai bisnes ini juga berjaya meningkatkan keyakinan saya di sekolah.”

Ilmu akademik VS ilmu kehidupan.

Kepuasan Noa Mintz tidak berhenti setakat itu sahaja.

Beliau merancang untuk habis belajar. Selepas itu, berkemungkinan besar akan melancarkan satu lagi bisnes.

Membaca kisah kejayaan daripada usahawan cilik seperti beliau ini menguatkan lagi kenyataan ini,

“Untuk berjaya tidak semestinya kita perlu bijak dalam akademik. Ilmu supaya bijak dalam kehidupan itu jauh lebih penting.”

5 Comments
  1. FaizAlias April 2, 2015 Reply
  2. Asyraf Aziz May 4, 2015 Reply
  3. mohamad aliff May 13, 2015 Reply
  4. Amir May 21, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *