7 Tip Ikat Pelanggan Ketat-ketat (Strategi Followup)

Berikut adalah tip ringkas dan mudah bagi tuan puan yang masih teragak-agak, tentang bagaimana untuk follow-up pelanggan.

Sebaik sahaja pelanggan minat untuk beli, balas SMS / emel / inbox Facebook dengan:

#1 – Doakan Pelanggan

Sebagai contoh,

“As salam tuan dan cikpuan yang dikasihi Allah hingga Jannah…”

#2 – Tunjukkan Penghargaan

Ucapan,

“Terima kasih kerana berminat dengan…”

Ayat di atas dapat meningkatkan emosi suka pelanggan.

#3 – Letakkan Tempoh Masa

Contohnya,

“Pembayaran boleh dilakukan dalam tempoh 48 jam….”

#4 – Call-to-Action Jelas

Sebaik mendapat respon dari pelanggan, balas dengan pantas.

Okay.

Masih Tiada Respon?

Berikan:

#1 – Bonus Masa

Contoh,

“Berita baik dari pihak kami. Tempoh 48 jam sebelum ini dilanjutkan sehingga 48 jam berikutnya….”

#2 – Lindungi Pelanggan Dengan “Perlindungan Eksklusif”

Contoh perlindungan eksklusif,

“Tuan dan cikpuan dilindungi dengan insurans kepuasan dari kami, iaitu pulangan wang serta merta jika tuan dan cikpuan tidak mendapat sebarang manfaat dari (produk / servis) kami dalam tempoh 14 hari.”

#3 – Jaminan Layanan Bagi Setiap Pertanyaan

Jangan lelah layan pelanggan.

Kesungguhan kita layan pelanggan, dapat tingkatkan kepercayaan mereka.

#Tip Bonus:

Doa dan tawakal.

Kerana sesungguhnya, Allah jua yang menggerakkan hati-hati pelanggan tuan dan cikpuan.

Bagaimana Tingkatkan Jualan?

Semuanya bermula daripada skrip jualan berpengaruh.

Jawapannya ada di sini. (Sila Klik. SEKARANG).

Shuhadah Khalil

Copywriter kaum hawa. Menguruskan sistem syarikat secara total. Berfungsi sebagai jentera pemasaran Write to Wealth. Shuhadah Khalil juga komited bagi memastikan semua klien-klien premium berpuas hati, dengan setiap servis perkataan serta penulisan yang dibekalkan oleh tim Write to Wealth.

This Post Has 13 Comments

  1. hakim

    Terbaik puan…teruskan memberi ELMU untuk kami 🙂

    1. Shuhadah Khalil

      Terima kasih tuan Hakim. Dengan izin Allah, saya akan terus berkongsi. 🙂

  2. Lepat

    As salam dan selamat malam.

    Alhamdulilah.Terima kasih atas perkongsian Tip Tip Followup Pelanggan.Saya amat hargainya.

    Semoga Cikpuan Shuhadah kekal sihat, ceria, diberkatiNYA dan murah rezeki meneruskan perkongsian bermanfaat kepada kami semua.

    1. Shuhadah Khalil

      Terima kasih tuan Lepat. Moga tips ini bermanfaat. Doa yang sama juga saya pohonkan untuk tuan. Amin.

  3. Umar Faruq

    Alhamdulillah. Terima kasih WTW untuk sharing ni.

    1. Shuhadah Khalil

      Terima kasih kembali tuan, kerana menyedut ilmu tips di sini. 🙂

  4. Syahmi Ahmad

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah. Terima kasih cikpuan atas ilmu yang mahal ini. Kalau dipraktikkan betul-betul boleh buat berjuta-juta ni. Saya amat sarankan semua orang praktikkan ilmu yang dikongsi oleh cikpuan dalam meningkatkan ‘conversion rate’ perniagaan masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi.

    1. Shuhadah Khalil

      Ya, dengan izin Allah. Baca, praktik, jadi.

      Semoga bermanfaat. 🙂

  5. shaiful

    salam wbt,, hehe,, bagus follow up ni,, boleh test dgn cust saya nti,, hehehe 😉 jzkk tuan aqiff

    1. Shuhadah Khalil

      Terima kasih tuan Shaiful. Semoga terus jadi sebaik sahaja tuan praktik. Amin ya Rabb. 🙂

  6. Permata

    Terima kasih atas sharing tips2 yang bermanfaat
    Insya-Allah akan cuba dipraktikkan

Leave a Reply