Lelaki jutawan ini ditanya soalan yang melibatkan maruah hidupnya. Baca 10 pengajaran yang terpalit dalam kisah ini

10 Tip bisnes Adam Khoo

Betulkah kenyataan ini,

“Orang yang banyak duit mesti hidup mewah dan boros berbelanja.”

Perkongsian daripada Adam Khoo ini berpotensi untuk menampar golongan yang beranggapan orang kaya mesti hidup mewah.

Bagi pembaca yang tidak mengenali Adam Khoo, beliau adalah usahawan, penulis buku, pelabur yang menetap di Singapura. Saya sendiri pernah beli dan baca buku-bukunya pada zaman awal pembabitan dalam bisnes.

Beliau mencapai status jutawan pada usia 26 tahun.

Cukup cerita pasal latar belakang Adam Khoo. Apa yang lebih penting adalah satu cerita kehidupannya yang dapat memberi 10 pengajaran tentang bisnes dan kemewahan.

Ditegur dan ditanya soalan berkaitan dengan maruah seorang usahawan.

Adam Khoo selalu ke luar negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, China untuk berkongsi ilmu dalam seminar-seminar anjurannya. Malah, beliau ada pejabat di beberapa buah negara.

Jadi, beliau selalu berada di lapangan terbang hampir setiap minggu untuk bekerja dan buat apa yang beliau suka.

Baru-baru ini, ada individu yang mengenali Adam Khoo (mungkin peserta seminar atau pembaca bukunya) terserempak dengannya dalam kapal terbang. Masa itu beliau mahu ke Kuala Lumpur.

Wajah orang itu kelihatan pelik dan terkejut. Lantas dia bertanya pada Adam Khoo,

“Kenapa jutawan macam kamu naik kapal terbang kelas ekonomi?”

Apa jawapan Adam Khoo selepas menerima soalan ini?

“Itu sebabnya saya mampu jadi jutawan.”

10 Pengajaran hidup daripada jutawan berusia 26 tahun.

Jawapan yang Adam Khoo berikan telah membuatkan individu itu menjadi keliru.

Apa yang lebih menarik, intipati atau isi tersirat yang terkandung dalam jawapan yang Adam Khoo itu mampu membantu orang ramai faham tentang sikap dan cara untuk menjadi seorang jutawan (atau usahawan yang berjaya).

Adam Khoo sendiri menerangkan bahawa:

  1. Penipuan terbesar dalam melihat kejayaan seseorang itu adalah berdasarkan materialnya. Majoriti kita sudah dibasuh dengan minda supaya melihat golongan jutawan atau kaya perlu pakai kereta Ferrari, Porsche, barangan berjenama seperti Gucci, Hugo Boss, dan juga perlu menaiki kelas pertama apabila menaiki kapal terbang.
  2. Sebab di atas ini yang menyebabkan ramai orang terkandas walaupun mereka ada duit. Apabila mereka dapat duit banyak, mereka rasa belanja banyak itu adalah satu benda yang wajib dilakukan. Persepsi ini tidak benar.
  3. Kebanyakan jutawan yang lahir daripada usaha sendiri jarang memiliki sifat boros berbelanja. Mereka hanya beli benda yang sangat bernilai untuk dirinya.
  4. Dalam masa 7 tahun, Adam Khoo berjaya simpan 80% daripada pendapatannya. Selepas berkahwin dan mempunyai keluarga, beliau hanya mampu simpan 60% daripada pendapatannya.
  5. Manakala ramai lagi yang masih tersekat dan seksa untuk simpan minimum 10% daripada pendapatannya. Mereka lebih rela boros berbanding menggandakan kekayaannya.
  6. Adam Khoo jarang beli tiket penerbangan kelas pertama atau beli baju berharga $300 kerana menganggap ia membazir duit. Tetapi beliau suka untuk membelanjakan wang sebanyak $1,300 untuk hantar anaknya yang berusia 2 tahun untuk ke Julia Gabriel Speech and Drama tanpa berfikir dua kali.
  7. Semasa beliau menyertai satu program keusahawanan YEO (Young Entrepreneur Organization), beliau dapati semua usahawan jutawan yang mempunyai nilai kekayaan sehingga $5 juta masih lagi memilih penerbangan kelas ekonomi, dan ada di antaranya yang sekadar pakai kereta biasa.
  8. Biasanya golongan yang boros berbelanja ini tidak mengusahakan perniagaannya sendiri. Kekayaan datang daripada keturunan keluarga atau rezeki terpijak. Mereka tidak menghargai penat lelah untuk mendapatkan wang.
  9. Ada juga yang bertanya, “Apa gunanya banyak duit tapi tak belanja duit itu?” Baca poin nombor 10 untuk penerangan lanjut.
  10. Jawapannya Adam Khoo adalah,

“Membeli barang mewah dan boros berbelanja tidak membuatkan saya bahagia. Ia mungkin boleh beri bahagia, tetapi hanya sementara. Kemewahan berbentuk material tidak bertahan lama. Ia cuma memberi kita keseronokan sementara. Paling menyedihkan, kita tidak akan puas dengan apa yang kita miliki.

Apa yang membuatkan saya bahagia dengan mempunyai wang yang banyak adalah masa yang saya dapat beli, untuk bersama dengan keluarga tercinta. Melihat anak kecil ketawa, bermain dan membesar di hadapan mata setiap hari merupakan ganjaran paling bermakna dalam hidup saya.”

Bukan berapa banyak kita belanja, tetapi berapa banyak yang kita (teruskan bacaan).

Akhir sekali, beliau ada menyebut bahawa kebahagiaan hidup itu terletak pada pekerjaan yang sangat bermakna dalam hidup kita. Jika orang itu suka berkongsi ilmu, maka setiap kali dia berkongsi ilmu, dia dapat ganjaran yang tidak boleh diukur nilainya: Kebahagiaan dan keseronokan.

Duit akan datang dengan sendirinya apabila kita seronok buat sesuatu kerja yang menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

10 pengalaman yang Adam Khoo kongsikan ini jarang diceritakan oleh kebanyakan orang.

Memandangkan minda kita sering dibasuh dengan mentaliti “buat duit banyak, mesti kena belanja banyak” atau “membeli simbol kemewahan untuk menunjukkan kita kaya di hadapan orang ramai”, maka cerita ini dapat membantu kita memahami kekayaan dalam dimensi yang berbeza.

Membeli barang berjenama atau simbol kejayaan itu tidak salah. Asalkan tidak menjadikan ia sebagai satu perkara wajib bila kita banyak duit. Bukan berapa banyak yang kita belanja, tetapi berapa banyak yang kita simpan.

Mahu belajar teknik iklan yang pelanggan suka baca, respon dan beli?

Anda pasti suka ilmu pengiklanan ini.

Jika anda suka baca artikel ini, anda pasti suka dengan eksperimen iklan yang kami buat untuk gandakan sales bisnes.

Hasil daripada eksperimen ini, kami memperoleh lebih 70% pulangan dari sudut jualan produk.

Klik di sini untuk download ebook & baca eksperimen kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *