10 Nasihat pakar pengiklanan kepada semua pemilik bisnes di Malaysia.

Nasihat pengiklanan David Ogilvy

“Mad Man” David Ogilvy. Sebuah nama yang tidak asing dalam bidang copywriting.

Pada 7 September 1982, beliau hantar memo ini kepada semua pekerja beliau. Bertajuk “How to Write”.

Memo ini buat pekerja beliau sedar. Kebolehan mencipta copywriting yang bagus adalah dengan belajar. Ia tidak bergantung kepada bakat semata-mata.

10 Tip pengiklanan – “How to Write” daripada David Ogilvy.

Memo ini, saya terjemahkan kepada bahasa Melayu.

“Lebih bagus kalian menulis, lebih tinggi tempat kalian dalam Ogilvy & Mather. Mereka yang berfikir dengan bagus, punya kebolehan menulis yang bagus.

Mereka yang berfikir secara kabur akan tulis memo, surat dan perkataan yang bersifat kabur.

Penulis yang bagus tidak bergantung kepada bakat semata-mata. Kita harus belajar cara menulis dengan berkesan. Saya sediakan 10 tips ini agar ia bantu kalian.

  1. Baca buku Roman-Raphaelson (bertajuk ‘Writing That Works’). Baca buku ini 3 kali atau lebih.
  2. Tulis seperti kamu sedang bercakap dengan seseorang di hadapan kamu.
  3. Guna perkataan pendek, ayat pendek & peranggan yang pendek.
  4. Tidak perlu guna perkataan bersifat ‘jargon’ dan terlalu teknikal.
  5. Jangan tulis lebih daripada 2 muka surat mengenai sesuatu subjek.
  6. Periksa ayat kita dengan kerap.
  7. Jangan hantar surat atau memo pada hari kita tulis. Baca memo atau surat itu esoknya, dan buat ‘editing’.
  8. Jika ia adalah kerja yang penting, minta tolong kawan sekerja untuk perbaiki kerja itu.
  9. Sebelum hantar memo atau surat, pastikan kita sendiri jelas apa yang kita mahu pembaca kita lakukan.
  10. Jika kita mahukan TINDAKAN, jangan tulis, Beritahu mereka apa yang kita mahukan.”

Pekerja Ogilvy & Mather suka ‘memo khas’ ini.

Ia berjaya jadikan mereka copywriter yang lebih bagus daripada biasa.

Adakah tips ini boleh bantu kita jadi seperti mereka? Jawapannya ada pada kita sendiri.

Mahu buat iklan hasilkan jualan lebat?

Belajar ilmu headline dan lebatkan jualan bisnes sebanyak 3X ganda.

Download eBook ini sekarang —> http://www.writetowealth.my/formula-headline

P/S: Ilmu ini bakal naik harga setelah capai kuota jualan.

2 Comments
  1. Faris Osman July 21, 2014 Reply
  2. mohd zulfadhli March 21, 2015 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *