Tip Pemasaran Direct Mail

Dalam mengaplikasikan strategi “direct mail” atau surat pemikat duit, ada dua landasan berbeza iaitu:

Landasan 1 – Funnel Based

Funnel Based bermaksud memberikan surat kepada prospek yang berminat untuk mendapatkan produk-produk percuma.

Prospek ini belum bertukar menjadi duit dalam bisnes. Tetapi berpotensi tinggi.

Apabila menggunakan pendekatan funnel based, promosi tidak boleh terlalu berat dan agresif. Pelanggan tidak suka.

Landasan 2 – Customer Based

Surat ini diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang sudah bagi duit ke dalam bisnes kita, untuk menggunakan produk atau servis.

Surat ini bertujuan untuk menampakkan bahawa pelanggan masih diingati oleh pemilik bisnesnya.

Dalam strategi ini, penting untuk surat itu mempunyai sentuhan peribadi seperti menyebut nama pelanggan, tandatangan pemilik bisnes dan sebagainya.

Dalam surat ini juga, sesuai untuk diletakkan ayat promosi.

One Response
  1. Sanisah Binti Sulaiman (Anis) May 26, 2013 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *