Tip pengiklanan Facebook – The power of repetition

Tidak semua pelanggan yang tengok iklan pertama kali akan terus membeli.

Tip iklan - The power of repetition

Majoriti pelanggan akan memilih untuk “tengok dahulu”.

4 Faktor pelanggan tidak beli selepas tengok iklan

Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah:

  1. Pelanggan tidak begitu yakin.
  2. Iklan itu tidak menarik.
  3. Mesej iklan tidak kena dengan pelanggan.
  4. Mesej iklan itu tidak muncul secara kerap.

Apabila kita berjaya selesaikan 3 masalah pertama di atas, maka poin yang keempat adalah perkara yang jarang diberi perhatian.

Iaitu, “Berapa kali kita paparkan iklan kita kepada pelanggan yang sama.”

Pengulangan adalah impak iklan

Pakar pengiklanan seperti Dan Kennedy menyatakan,

“It takes repetition to have impact.”

Impak iklan itu dapat dilihat daripada disiplin dan konsistensi. Lagi selalu kita terbitkan iklan kepada pelanggan yang sama, lebih tinggi respon yang bakal mereka berikan.

Apabila menyebut tentang iklan, tidak semestinya iklan itu melibatkan kos yang mahal.

Sebagai contoh, pengiklanan di akhbar.

Adakah kita mesti bayar puluhan ribu setiap bulan untuk pastikan iklan kita berada pada paras disilpin dan konsisten?

Tidak.

Cheap vs Expensive repetition

Iklan terbahagi kepada dua cabang:

  1. Expensive repetition.
  2. Cheap repetition.

Bisnes-bisnes kecil yang mahu jimat wang lebih sesuai menggunakan pendekatan cheap repetition.

Di mana kita memilih medium yang dapat terbitkan iklan dengan kos yang lebih murah.

Antaranya adalah Facebook. Sebagai contoh,

  1. Facebook Profile.
  2. Facebook Groups.
  3. Facebook Ads.
  4. Facebook Pages.

Untuk menguasai strategi iklan cheap repetition, peniaga di Facebook boleh gunakan pendekatan content marketing.

3 Comments
  1. nizam February 17, 2014 Reply
  2. Mohd Ilham February 17, 2014 Reply
  3. Baiyah February 17, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *