5 Teknik “aneh” jadi produktif & siapkan kerja cepat

Sikap ‘malas’.

Tip hilangkan rasa malas bekerja

Dianggap ‘penyakit terlarang’ dan taboo, tidak patut tersisip pada diri seorang peniaga.

…Tetapi, tidak semua ‘penyakit terlarang’ mendatangkan keburukan sahaja.

Ia lebih tertumpu kepada bagaimana cara kita mengadaptasikan kekurangan tersebut ke arah yang positif.

Secara personal, saya percaya ramai orang yang malas mempunyai daya kreativiti tinggi. Mereka lebih rajin memikirkan bagaimana buat sesuatu perkara dengan lebih mudah pada setiap masa.

Dengan kata lain, mereka kerap latih diri sedemikian rupa.

Perkara ini merangsang minda bawah sedar kita bertindak lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pelan Tindakan Khas – Jana Tenaga Fokus ‘Sang Pemalas’.

Kita kurang tenaga fokus yang menguatkan diri bagi menyelesaikan sesuatu kerja. Ramai antara ‘pemalas’ tidak tahu cara atau pelan untuk memulakan tindakan.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

1 – Manfaat – Bahan Api Enjin Tindakan.

Kita tidak digalakkan buat sesuatu tanpa tahu apa manfaat yang bakal kita perolehi.

Sebagai contoh, kita melakukan kerja untuk dapatkan duit. Seterusnya, duit itu digunakan untuk apa? Apa yang akan kita dapat apabila kita menggunakan duit itu?

Jawapan daripada soalan kita digunakan bagi meransang tindakan.

Gunakan daya imaginasi. Contoh seperti menggambarkan hasil yang bakal kita dapat apabila menyempurnakan sesuatu kerja, atau bayangkan senarionya. Ia berupaya menggerakan kita untuk bermula.

Tip: Guna pen dan kertas semasa mencipta soalan. Ia lebih bagus daripada menaip di komputer. Ia boleh merangsang otak kita supaya lebih fokus.

2 – Teknik Pivotal – Buat Diri Kita Cepat Rasa Rajin.

Teknik ini diperkenalkan oleh Robert Fritz melalui bukunya, Path of Least Resistance.

Ia menggunakan 2 poin mudah, iaitu:

  1. Sedarkan diri kita dengan apa kemahuan yang benar-benar ingin kita capai.
  2. Fahamkan dimana diri kita berada sekarang dengan sejujurnya.

Aplikasi dua poin ini. Seterusnya teliti perbezaan diantara dua perkara tersebut.

Contohnya, kemahuan kita adalah untuk menapakkan kaki ke Amsterdam. Kita sekarang berada di Malaysia.

Perbezaan yang akan kita dapat ialah bolehkan kita menerima betapa kolotnya jika tidak menjejakkan kaki kita ke Amsterdam?

Rasa tercabar? Inilah fungsi teknik ini.

Teknik ini berupaya mengubah mentaliti kita untuk lebih berjaya. Mencabar diri sendiri boleh beri perubahan yang besar.

3 – Seterusnya?

Ayat diatas nyata menjelaskan apa yang kita perlu lakukan. Apakah langkah seterusnya?

Mungkin kita sudah fikirkan lebih seribu langkah apabila membaca ayat diatas.

Mudah sahaja. Dapatkan satu tindakan untuk mencapai target yang kita impikan.

Hanya pilih satu yang terbaik sahaja daripada seribu cara. Fokus pada satu langkah sahaja.

Sebagai contoh, jika kita mahu ke Amsterdam, langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan peta Amsterdam, kiraan kos penerbangan dan sebagainya.

‘Pemalas’ biasanya kurang fokus apabila mindanya diganggu. Dengan fokus pada satu tindakan, ia boleh menyelamatkan perjalanan ke arah kejayaan.

4 – Kalau Kita MINAT, Kita PASTI Buat.

Seorang ‘pemalas’ sangat bagus dalam melakukan perkara yang kita gemar buat, juga hebat dalam menentang perkara yang kita tidak minat buat.

Jika kita ada perasaan berat untuk melakukan tindakan, ada sesuatu yang kita tidak suka terkandung dalam tindakan yang sudah kita pilih.

Atasi perkara ini dengan mengajukan soalan kepada diri sendiri. Tanya diri kita apakah sebab kita tidak suka dengan tindakan yang kita pilih.

Soalan ini boleh diajukan sebelum kita tidur atau tulis pada sehelai kertas. Tanya diri kita dan lupakan soalan sebelum tidur. Perhatikan apa jawapan yang terbit dalam minda kita keesokan harinya.

Orang ‘pemalas’ bijak dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang timbul meliar.

5 – Idea ‘Rare’- Abadikan Dalam Nota.

Minda separa sedar kita lebih pandai dan membantu daripada minda sedar kita. Ini merupakan kelebihan orang yang bersikap ‘pemalas’. Ini kerana kita lebih terpengaruh dengan minda separa sedar kita.

Seringkali kita akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan efektif. Namun, idea yang datang mudah kita lupa.

Masalah ini mudah diatasi dengan menggunakan alat bantuan. Ia merujuk kepada aplikasi nota yang siap terkandung dalam smartphone kita. Atau buku nota kecil dan pen dijadikan peneman setia.

Setiap kali sesudah selesai brainstorm, catit nota agar idea tersebut tidak kita lupa. Setiap catitan idea berpeluang untuk digubah pada bila-bila masa mengikut kesesuaian, agar ia sentiasa tampil efektif.

Panas! – Teknik Berfikir Senang Jadi Jutawan.

“If you want to change the fruits, you will first have to change the roots. If you want to change the visible, you must first change the invisible.” – T. Harv Eker

Awas!

Video ini mengandungi ‘rahsia mudah’ bagaimana seseorang itu jadi jutawan.

Sebagai jutawan, mereka berkongsi asas ‘buah fikiran’ yang sama. Tidak kira dalam apa jua bidang atau perniagaan.

‘Buah fikiran’ ini digunakan oleh lebih 500+ jutawan di seluruh dunia.

Jadi, anda YAKIN mahu jadi seorang jutawan?

Klik link dan mulakan langkah pertama sekarang —> http://www.writetowealth.my/teknik-berfikir/

Video ini TERHAD dan 100% PERCUMA.

2 Comments
  1. Faris Osman May 3, 2014 Reply
  2. ikhwan November 30, 2014 Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *