Apa yang kami buat dalam masa 3 hari, untuk tambah sales ekstra seorang klien kepada RM50,000 sebulan?

Saya selalu dapat soalan daripada orang ramai tentang proses yang kami gunakan untuk bantu klien hasilkan iklan yang betul.

Jadi, saya akan cuba jawab proses asas yang team kami biasa buat untuk klien.

Hari pertama: Tak perlu sakit kepala atau perah otak untuk fikirkan idea kempen iklan yang berkesan untuk klien.

Terus lihat database ‘panas’ mereka.

Lebih spesifik, baca 5 testimonial customer yang mereka dapat dalam masa 14 hari ke belakang.

Hari kedua: Analisis setiap testimonial dan lakukan kajian yang lebih mendalam dengan menghubungi customer itu.

Matlamat utama: Mahu mereka berikan kita idea iklan yang betul, manfaat produk yang mesti ditekankan, dan visual iklan yang macam mana sesuai digunakan.

Hubungi customer itu lebih mudah. Telefon saja.

Kalau Whatsapp, biasanya kita akan gagal dapatkan maklumat spesifik yang merupakan maklumat emas untuk idea iklan kita.

Hari ketiga: Mula merangka minimum 1 ke 5 idea iklan daripada mulut customer.

Siapkan bahagian asas saja dulu iaitu:

(1) Tajuk iklan.

(2) Isi iklan.

(3) 1 Tawaran.

(4) Arahan pembelian.

Kemudian terus eksperimen iklan pertama dengan bajet yang kecil (ikut kapasiti). Dalam kes ini, guna RM100 sehari.

Adakah setting Facebook Ads yang spesifik memainkan peranan penting di sini?

Tidak.

Kalau tuan puan mahu belajar cara yang lebih sistematik dan jelas, saya lebih sarankan tuan puan datang Kelas Fast Track Iklan Berkesan (Klik sini).

Habis saja kelas ini, anda mungkin siap 1 iklan yang mengikut asas yang betul.

Hubungi 0176491442 (sekarang) untuk daftar 2 peserta dengan harga RM150 sekarang.

Tempat tinggal kurang 60 saja lagi.

Nota: Jika tuan puan mahu beli buku Case Study Iklan Sales 7 Angka Setahun, sila klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *