Bila buat iklan (terutama tajuk iklan) yang tepat kepada customer yang betul berikan banyak kelebihan.
Klik jadi tinggi. Kebarangkalian iklan untuk berkesan pun jadi tinggi.
1 – Iklan yang ada angle customer yang betul mudah untuk dapat perhatian.
2 – Senang nak yakinkan potential customer yang dah baca iklan sebab dia tahu sebelum itu dah ada orang yang ada masalah sama.
3 – Proses untuk hasilkan tajuk iklan jadi lebih mudah. Tak perlu tunggu sampai 2 jam baru nak siap 1 iklan.
.
Siapa yang jual produk penapis air tu, boleh buat terus aktiviti di bawah:
Langkah 1 – Senaraikan dan pilih 1 angle customer anda.
Langkah 2 – Jadikan angle customer itu sebagai tajuk iklan anda.
Langkah 3 – Masukkan copywriting dan visual. Launch iklan anda.