Cara cepat dan mudah siapkan headline copywriting?

Cara cepat dan mudah siapkan headline copywriting?

Dalam copywriting, headline adalah benda pertama sekali yang prospek akan baca.

Pernah tak anda baca copywriting/iklan, anda start baca dari bawah?

Kalau pernah, tahniah anda adalah orang yang syarikat Apple cari sebab anda “Be Different” dari orang lain. Hehe

.

Berbalik kepada topik, fungsi utama Headline adalah untuk dapatkan perhatian prospek.

Kalau headline dah gagal dapatkan perhatian, macam mana copywriting kita nak convert?

So dalam perkongsian kali ini, kami bagi anda 4 elemen yang anda boleh masukkan dalam headline.

Supaya anda boleh siapkan headline dengan lebih cepat dan mudah.

Jom baca sama-sama…

1) URGENCY

Elemen Urgency adalah salah satu cara yang terbaik untuk dapatkan perhatian prospek.

Macam yang kami terangkan tadi, kalau headline gagal dapatkan perhatian prospek confirm copywriting anda jahanam.

Contoh headline Urgency yang anda boleh tiru..

FREE 3 BOTOL POLISH KERETA UNTUK 10 ORANG TERAWAL YANG CUCI KERETA DI BPC AUTOCARE BERMULA PUKUL 11 PAGI.

Dalam headline kat atas ini, kami berikan contoh Urgency MASA VS KUOTA.

Nak lagi?

Teruskan bacaan untuk contoh di bawah pula.

2) UNIK

Manusia lebih tertarik kepada sesuatu yang unik.

Maksud kami disini, kita boleh kaitkan dengan something yang baru dah belum pernah ada kat tempat lain.

Baca contoh headline di bawah untuk lebih faham..

TERBARU!!! FORMULA  COATING ANAK SEREMBAN INI BUATKAN CAT KERETA ANDA BERKILAT MACAM BARU DENGAN HANYA SEKALI SPRAY, KINI DI PASARAN…

Dapat tangkap tak?

Elemen Unik dalam headline tu:

+ FORMULA COATING ANAK SEREMBAN: Sebelum ni belum pernah ada anak muda seremban yang hasilkan coating kereta

+ SEKALI SPRAY

Okay selesai elemen ke-2.

Jemput baca elemen ke-3 pula..

3) SPESIFIK (ANGLE-ORIENTED)

Iqra’ sekejap headline di bawah ini:

CIKGU KAWASAN DAMANSARA TERCARI-CARI SHAWL YANG SENANG NAK BENTUK DAN MUDAH GOSOK KE TU?

Apa yang kita boleh belajar dengan contoh headline di atas ini?

Dalam headline kita boleh spesifikkan headline kepada certian group. Bila headline kita dah spesifik, mudah untuk dapatkan targetted audience.. Faham?

Macam contoh headline di atas, kita decide nak jual shawl kepada cikgu-cikgu yang bekerja di kawasan Damansara.

Eh, nak lagi ke?

Boleh…

4) SELF – INTEREST

Ini pun salah satu elemen yang kita boleh cuba masukkan dalam headline.

Maksud Self-Interest di sini: Sesuatu yang boleh datangkan Manfaat dan Keuntungan kepada prospek.

Boleh ikut?

Okay lah kami bagi contoh..bayangkan kita jual produk kecantikan:

“BARU KEMAM 3 SACHET, DAH LARI EN.JAY KAT MUKA NI..BERBALOI BETUL!”

Self interest dalam headline ini: JIMAT & CEPAT.

Siapa yang tak suka benda yang JIMAT WAL CEPAT.. Iya dak?

Okay habis dah.

Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban anda untuk tulis headline copywriting selepas ini.

Ingat ya, headline adalah indikator paling besar yang tentukan copywriting anda boleh convert atau tidak.

So, jom sama-sama banyakkan latihan untuk buat headline.

.

Eh, kejap!

Saja je nak bagitau kami ada course digital yang kami namakan Ads Marathon Digital.

Apa yang anda boleh belajar dalam Ads Marathon Digital?

  • Persediaan dari segi mindsetiing sebelum buat copywriting supaya dapatkan hasilkan copywriting yang berkesan
  • 3 jenis emosi berdasarkan eksperimen lebih 30,000+ iklan yang buatkan iklan berkesan
  • 2 strukutur copywriting proven yang dah bantu kami dan klien jana jualan 6-7 angka setahun.
  • Bonus case study proven method Ads Marathon Digital boleh bantu anda naikkan sales.

Ada yang berminat ke?

Boleh tekan button di bawah untuk maklumat penuh dan senarai modul Ads Marathon Digital.

KONGSIKAN POST INI -->>

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Scroll to Top