Serius nak gandakan sales? 3 Teknik ini penting sebelum anda tulis iklan.

Teknik sebelum tulis iklan

Hai. Saya Aqif Azizan.

Saya suka membantu pemilik bisnes di Malaysia menghasilkan kempen marketing dan pengiklanan.

Saya juga merupakan penulis buku marketing bersama jurulatih marketing terkemuka di Malaysia, iaitu Dr. Azizan Osman.

(Psstt… Saya bukan anak beliau walaupun nama ayah saya “Azizan”)

Anda masuk ke dalam laman web ini untuk mengetahui cara yang saya sendiri gunakan untuk membantu pemilik bisnes di Malaysia menghasilkan iklan yang berkesan, supaya sales meningkat minimum 3x ganda daripada biasa.

Saya akan kongsikan caranya dengan anda. Sekarang.

Pastikan anda sudah bersiap sedia untuk mencatat perkongsian ini dan bertindak serta merta.

Ilmu penulisan iklan yang saya belajar daripada CEO.

Ilmu ini saya belajar daripada CEO dan juga pengasas Boost Media Founder. Nama beliau adalah David Greenbaum.

Dalam sama yang sama, saya campur adukkan ilmu beliau dengan pengalaman saya sendiri.

Supaya anda dapat faham dengan lebih jelas, tentang 3 perkara yang sangat penting sebelum anda tulis iklan.

Mari teruskan bacaan.

Teknik #1 – 8 Jenis nama panggilan yang pelanggan suka dan cepat respon pada iklan.

Tingkah laku manusia ini memang menarik.

Lagi mendalam kita kenal pelanggan, lagi senang untuk kita tulis ayat iklan yang berpengaruh.

Langkah pertama adalah tahu nama panggilan yang pelanggan kita suka.

Sebagai contoh, di Malaysia ada beberapa jenis nama panggilan seperti:

  1. Tuan.

  2. Anda.

  3. Encik.

  4. Bro.

  5. Cikpuan.

  6. Cik.

  7. Awak.

  8. Sis.

Setiap satu nama panggilan ini bergantung pada dengan siapa kita bercakap. Izin saya berikan dua contoh yang mempunyai respon iklan yang berbeza.

Contoh A: Sasaran pelanggan saya adalah seorang wanita.

Contoh ayat iklan A: Puan tengah cari tudung untuk pakai pada majlis perkahwinan minggu ini?

Manakala ini pula contoh apabila saya menulis iklan untuk golongan B,

Contoh B: Sasaran pelanggan saya adalah seorang pelajar universiti.

Contoh ayat iklan B: Sis tengah cari tudung yang sesuai untuk pakai ke kelas minggu ini?

Nama panggilan ini sahaja akan menghasilkan respon iklan yang berbeza. Kalau tak percaya, boleh cuba dan bereksperimen.

Teknik #2 – Selesaikan masalah VS syok sendiri.

Setiap kali saya jumpa peserta atau klien yang mahu minta bantuan kami hasilkan kempen iklan, mereka ada salah faham di antara:

“Branding VS customer.”

Hampir 90% sibuk sangat dengan branding. Iaitu mahu nama syarikat mereka diingati. Saya hormat visi dan misi mereka ini.

Masalahnya,

“Ada pelanggan kita kisah tentang jenama bisnes kita?”

Mereka lebih kisah tentang masalah yang mereka hadapi. Kalau jenama kita nampak hebat tapi langsung tidak membantu pelanggan, semua kos pelaburan iklan hanya membazir.

Bagaimana untuk kenal pasti masalah pelanggan?

Jawapan paling jelas dan mudah adalah: Bertanya.

Sebagai contoh, saya akan turun padang dan bertanya kepada pelanggan,

“Apakah 1 masalah yang anda hadapi berkaitan dengan kulit muka?”

Dari situ, biar pelanggan menjawab panjang berjela. Tugas kita adalah mendengar dan catit.

Kerana setiap ayat yang keluar daripada mulut mereka itu dapat dijadikan sebagai ayat iklan yang berpengaruh.

Teknik #3 – Belajar tulis tawaran yang berpengaruh (Saya bagi 7 contoh tawaran yang berkesan).

Jika anda suka tip 1 dan 2, saya yakin anda pasti suka dengan tip yang terakhir ini (sebelum saya ceritakan bagaimana anda boleh belajar teknik penulisan iklan dengan lebih mendalam).

Tip yang ketiga ini saya dapat daripada Ryan Deiss. Seorang marketer yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat.

Saya sudah labur beribu-ribu ringgit untuk belajar dengan beliau.

Sekarang, saya mahu bagi 1 perkara paling penting yang beliau selalu cakap apabila saya bertanya tentang teknik penulisan iklan.

Katanya,

“Tiada apa yang lebih penting daripada menghasilkan ayat tawaran yang mampu buat pelanggan berhenti bercakap dan terus membeli.”

Tawaran adalah penentu samada ayat iklan kita mampu mempengaruhi pelanggan atau sebaliknya.

Contoh-contoh tawaran yang biasa kita lihat adalah:

1) Beli 1 percuma 1.

2) Diskaun 30%, 50% dan sebagainya.

3) Penghantaran percuma.

4) 100% money back guarantee.

5) Rebet tunai.

6) Baucer seperti KFC, Pizza Hut dan sebagainya.

7) Harga istimewa untuk 100 orang pertama sahaja yang Whatsapp.

Ketiga-tiga tip ini adalah tip “mahal”.

Ketiga-tiga tip ini bukan “murah.”

Saya dan semua staf sudah bertungkus-lumus menghasilkan lebih 1,000+ kempen iklan, dan rugi beratus ribu ringgit untuk memahami apakah yang membuatkan sesebuah iklan itu mampu menggandakan sales.

Jika anda suka dengan 3 tip ini, saya mahu tanya sesuatu.

Boleh saya jumpa anda dan kongsikan lebih banyak teknik menulis iklan yang berkesan?

Bengkel Copywriting

Boleh saya saya jumpa anda dalam Bengkel Copywriting a.k.a Kelas Penulisan Iklan yang bakal saya anjurkan bulan ini?

Saya mahu bantu hasilkan iklan untuk bisnes anda.

Kemudian lihat apakah yang boleh ditambah baik supaya iklan anda mampu gandakan sales secara konsisten setiap bulan.

Kalau anda rasa maklumat ini bermanfaat, silakan kongsi.

Jika anda mahu kita berjumpa, sila klik pada ayat di bawah untuk dapatkan maklumat Bengkel Copywriting.

–>> Ya Aqif! Saya mahu tahu tentang kelas penulisan iklan (KLIK SINI) <–

PS: Harga untuk kelas penulisan iklan ini sebenarnya tidak masuk akal. Malah anda akan dapat 100% ilmu berdasarkan pengalaman saya, tanpa berselindung. Saya tidak akan upsell program advance, coaching dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top