Anda ingin ubah hidup? Praktis 5 hukum kejayaan ini.

 

5 Hukum kejayaan

Orang yang sentiasa ada potensi untuk berjaya, adalah orang yang tidak pernah duduk diam.

Duduk diam = Tidak pernah berhenti berusaha meningkatkan prestasi diri setiap hari.

Dalam artikel ini, saya mahu berkongsi hukum-hukum kejayaan.

5 Hukum kejayaan yang menjadi amalan golongan berjaya dalam hidup.

5 hukum kejayaan ini saya belajar daripada guru lama dalam industri Internet marketing, iaitu Mark Joyner.

Hukum-hukum kejayaan ini saya kongsikan kepada anda, supaya anda dapat mencipta kejayaan yang lebih besar, mulai saat ini.

Dengan mengamalkan kesemua lima hukum ini secara konsisten, anda mempunyai potensi yang besar untuk dapat apa sahaja yang anda impikan.

(Sudah tentu dengan izin Allah).

#1 – Hukum garis lurus.

Hukum garis lurus atau law of straight lines bermaksud menetapkan dua jenis poin yang penting dalam hidup anda.

Poin A – Di mana tahap anda sekarang pada hari ini?

Poin B – Apakah tahap atau impian yang anda mahu capai lagi 5 tahun?

Buat satu garis panjang yang menghubungkan poin A dan poin B.

Saya bagi lukisan ringkas menggunakan teks:

Poin A ———————–> Poin B.

Hidup kita bergantung pada dua jenis poin ini sahaja.

Hukum garis lurus ini mampu membantu kita untuk fokus pada matlamat yang paling penting dalam hidup kita.

#2 – Hukum visi terang jelas.

Hukum visi yang terang jelas bermaksud,

“Selagi mana kita tidak ada satu paparan jelas yang muncul dalam minda berkaitan apa yang kita mahu, itu adalah tanda bahawa kita masih lagi terkapai-kapai dan blur.”

Penting untuk mempunyai visi atau masa depan yang kita sendiri nampak visualnya secara keseluruhan.

Saya ambil satu contoh ringkas: Kereta BMW.

Kalau kita sekadar nampak logo kereta BMW sahaja, itu tidak cukup. Pastikan kita boleh bayangkan modelnya, warnanya, tempat duduknya, dan seluruh aspek yang mengiurkan kita tentang kereta BMW.

Itu baru visi terang dan jelas.

Saya guna contoh BMW ini bukan bertujuan untuk suruh anda obses dengan material mewah. Ia sekadar contoh yang paling dekat dan mudah untuk kita semua faham.

#3 – Hukum tenaga fokus.

Hukum tenaga fokus adalah hukum kejayaan yang seterusnya.

Hukum ini menjelaskan betapa pentingnya untuk fokus dan meletakkan sepenuh tenaga bagi mencapai poin B yang kita sudah tetapkan tadi.

Jika kita sekadar berangan, sampai bila-bila pun ia akan kekal dalam ingatan sahaja. Ia tidak akan jadi realiti.

Untuk menjadikan realiti, letakkan 200% fokus dan tenaga kita untuk bertindak bagi mencapai poin B.

Abaikan perbuatan yang tidak penting atau yang tidak membawa kita kepada poin B. Hukum ini juga mendidik kita supaya mengendahkan perkara yang membantutkan impian kita.

#4 – Hukum fokus perhatian.

Tadi kita bercakap tentang tenaga fokus.

Hukum seterusnya adalah fokus perhatian (focused attention).

Sebaik sahaja kita bergerak untuk mencapai matlamat, secara fitrahnya, akan wujud gangguan-gangguan sekeliling yang cuba menarik dan mengganggu kehidupan kita.

Jangan sesekali biarkan ia menarik perhatian kita.

Tidak perlu ikut arus orang lain. Kita sudah jelas dengan arus hidup kita sendiri.

Hukum ini juga memberitahu kita betapa pentingnya untuk berkata “tidak” pada peluang lain di sepanjang perjalanan, selagi mana kita belum mencapai poin B yang ditetapkan.

#5 – Hukum responsif pada persekitaran.

Hukum kejayaan yang terakhir adalah law of action and reaction.

Untuk cepat berjaya, tingkah laku responsif sangat penting. Sebagai contoh, kita dilanda satu ujian yang menyekat diri daripada mara ke arah poin B.

Apabila kita seorang yang responsif, kita tidak mengaku kalah dengan ujian yang datang pada diri.

Sebaliknya, kita cari jalan untuk terus mara dan maju ke hadapan.

Kalau kita lihat mana-mana individu yang mencapai kejayaan luar biasa, mereka ini tergolong daripada golongan yang responsif. Cepat melakukan sesuatu apabila berlaku sesuatu.

5 Hukum kejayaan ini bukan magik dan rahsia. Ia cuma…

Kalau anda baca sampai habis, anda pasti perasan kesemua 5 hukum kejayaan ini bukan magik.

Ia adalah tingkah laku normal bagi seorang manusia yang komited, disiplin dan tahu apa yang mereka mahu capai dalam hidup.

Apakah hukum kejayaan yang mencabar pada diri saya?

Jawapannya, hukum kejayaan nombor 3 dan 4.

Cabaran sebenar yang betul-betul menguji minda dan akal adalah untuk fokus, dan kekal fokus pada satu matlamat yang telah ditetapkan.

Biasanya, kita akan disajikan dengan pelbagai jenis peluang baru apabila kita sudah mula melangkah ke hadapan.

Anda suka jemput rezeki dan kejayaan? Anda pasti suka tengok video ini.

Jika anda suka artikel ini, saya yakin anda salah seorang individu yang suka mencapai kejayaan dalam hidup.

Ini bermakna, anda seorang yang suka menjemput rezeki.

Saya ada satu pakej video yang berkongsi tentang ilmu-ilmu menjemput rezeki yang saya belajar daripada ramai orang.

Satu daripada hasil apabila saya mengamalkan teknik menjemput rezeki dalam masa 2 jam,

“Saya dapat 1 mesej yang menyatakan ada orang masukkan wang berjumlah 5 angka dalam akaun. Kerana dia berpuas hati dengan hasil kerja saya (sedangkan kerja itu sudah lama dan sudah dibayar). Tetapi beliau mahu bayar lebih.”

Kalau anda mahu lihat buktinya, klik pada ayat di bawah ini.

–>> Ya! Saya mahu lihat bukti dan belajar amalan menjemput rezeki yang Aqif gunakan. <<–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top