Tip asas marketing

Tip asas marketing bisnes (WAJIB BACA)

Antara faktor yang membantu bisnes itu menghasilkan keuntungan yang lumayan atau sebaliknya, bergantung pada dua perwatakan apabila melakukan marketing.

Neville Medhora menggelarkan dua jenis perwatakan ini sebagai:

  1. Leeching Larry.
  2. Giving Gary.

WATAK LEECHING LARRY.

Contoh perwatakan Leeching Larry adalah seperti berikut:

  1. Hari pertama berkenalan, minggu seterusnya beliau sudah mahu pinjam kereta.
  2. Minggu hadapan pula, Leeching Larry mahu kita perkenalkan kawan-kawan kita yang ada duit. Supaya beliau boleh menjual produknya yang belum tentu bermanfaat.
  3. Selepas beberapa minggu, beliau dengan selamba mahu tidur rumah kita selama 7 hari berturut-turut. Secara percuma… (Makanan pun kita perlu tanggung).

Lama kelamaan, kita akan menyirap dan buat keputusan untuk putuskan hubungan kawan dengan Leeching Larry.

Kenapa?

Setiap kali dia hubungi kita, dia mesti mahu ambil sesuatu daripada kita. Tanpa pedulikan apakah nilai yang akan diberikan kembali.

WATAK GIVING GARRY.

Perwatakan Giving Garry sangat bertentangan dengan Leeching Larry.

  1. Pertama kali berjumpa, Giving Gary terus berkongsi 3 bisnes idea yang lumayan.
  2. Minggu seterusnya, beliau ajak kita untuk hadir ke majlis privasi di mana beliau memperkenalkan kita kepada 10 usahawan yang luar biasa.
  3. Beberapa minggu selepas itu, Giving Gary mempunyai beberapa masalah di rumahnya. Di mana beliau minta pertolongan kita untuk tidur di rumah selama 7 hari.

Apakah respon kita?

Sudah tentu jawapannya: SILAKAN DATANG.

JADI ORANG YANG SUKA MEMBERI SEBELUM MENERIMA.

Majoriti pemilik bisnes berperwatakan seperti Leeching Larry.

Selalu fikir apa yang dia akan dapat.

Ini adalah mindset bisnes yang gagal. Atau bisnesnya tidak boleh tahan lama.

Berbeza dengan Giving Gary.

Beliau selalu fikir, “Apa yang aku boleh bagi.”

Untuk bisnes buat banyak duit, ia semuanya berkaitan apakah nilai yang boleh kita berikan kepada orang lain.

“If you give someone valuable things. They will reward you.” – Neville Medhora.

BENGKEL CONTENT MARKETING 2.0.

Pada 16hb November 2014 (Ahad), para peserta akan belajar bagaimana menjadi 100% Giving Garry.

Kita jadi pemilik bisnes yang banyak memberi. Supaya kita boleh banyak menerima keuntungan yang besar setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

TARIKH: 16hb November 2014.

Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Tempat: Kuala Lumpur.

Daftar secara online di sini –>> http://www.writetowealth.my/bengkel

PS: Guna kod kupon NOV150 untuk diskaun RM500.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top